Tuesday, June 14, 2016

Result exam--kenapa kena marah?

Perbualan tiga beranak balik dari sekolah semalam:
Y -umi, ada kawan Yayang yang bila dapat marks, nangis sebab dia tahu akan kena marah dengan parents dia. Hairanlah, Kenapa marks teruk pun kena marah??
K - Kak Ngah pun sama ada kawan2 yang ketakutan nak tahu markah sbb kalau dapat teruk, parents akan marah etc.
U -Umi marah tak?
Y & K - Haha..tak langsung...umi dan abah gelak je (wp kami dpt markah teruk). Kenapa Umi tak marah?
U - Ehh u all nak ke kena marah?
Y - Tak laa...tapi kenapa parents diorg marah?
U - sebab sayang...
Itulah, anak2 sy mmg tak pernah kena marah kalau markah teruk sekali pun. They dont deserve to be scolded. Kenapa? Saya pun tak tahu. Saya tak rasa memarahi anak adalah penyelesaian terbaik. Kalau mereka mengadu markah teruk, tak puas hati dan sedih dengan markah sendiri pun, saya hanya akan kata '...that's not d end of the world...' utk hilangkan kerunsingan mereka. Pendirian saya ini ada sejarahnya, ada timbang taranya:

1. Dulu, saya study bagai nak rak, study hard, study smart, study lentok, group discussion, bagai2 kaedah digunakan, even, sy yg jadi fasilitator dalam kem2 study smart. Struggle utk dapat masuk course dan uni terbaik. Alhamdulillah Aggregat 8 dalam SPM melayakkan saya utk enrol program Law di UIAM. Dengan 2 bachelor degrees, 1 master degree dan 1 PhD degree, situasi kerja sekarang Alhamdulillah, di satu platform yang saya suka - membolehkan diri saya explore ilmu melalui penyelidikan dan pengajaran pascasiswazah serta engage dgn professional dalam pelbagai bidang, yang membuatkan saya selalu belajar dan belajar (lifelong learning)- gembira dari satu sudut dapat merelaisasi saranan rasulullah agar belajar dari buaian ke liang lahad. Namun begitu, saya tahu ada colleague saya, sama situasi dgn saya sekarang, yang, sejarahnya, SPM pangkat 3, mengulang, start kerja dari bawah, dari kerani, sambung degree part time, akhirnya sekarang mereka berada dalam satu kapal profesion dgn saya, malah dgn pangkat yang lebih tinggi. Jadi saya memberitahu diri sendiri, bukanlah tidak berbaloi usaha keras saya mencapai kejayaan the hard way, namun begitu, kalau sudah rezeki, bermula dgn kegagalan pun, tetap akan berjaya. Tak perlu dipaksa, biar kesedaran itu datang dari mereka sendiri.

2. Anak2 saya mendapat pendidikan awal di Australia, dgn sistem pendidikan Australia yang tidak menekankan pencapaian akademik mengatasi kecerdasan2 lain semasa di primary level. Mereka lebih dididik dengan akhlak mulia, kepimpinan, kemahiran hidup, dan asa 3M membaca, menulis, mengira- yang saya kira menjangkaui lebih dari itu. Bila membaca, bukan hanya membaca, tapi dipastikan dengan kefahaman melaui soaljawab oleh guru atau ibubapa ttg kandungan buku yang dibaca. Ini secara tak langsung membuatkan hubungan murid-guru dan anak-ibubapa jadi rapat dan kita tahu secara jelas pencapaian atau kelemahan anak didik itu. Juga, melatih anak mengekspresi, menerangkan untuk difahami khalayak. Utk program membaca, setiap hari, anak2 akan bawa balik dari sekolah buku yang berlainan, mesti baca dan bercerita semula kepada ibubapa di rumah, dan ibubapa disediakan soalan utk ditanyakan kepada anak ttg kandungan buku itu, kemudian, ibubapa mesti laporkan dan sign dalam buku rekod membaca. Anak2 yang dapat menghabiskan bilangan buku tertentu, akan mendapat medal champion-emas, perak, gangsa mengikut bilangan bacaan buku setahun, serta sijil yang ditandatangani oleh Premier(Menteri Besar) negeri itu. Itu baru bab membaca, lain pula bab kemahiran hidup dsb yang saya kira sungguh menarik, spt anak2 dibawa ke ladang2 ternakan di countryside, ke pusat beli belah oleh guru2 dihari persekolahan, utk belajar/didedahkan ke  dalam real life situation. Hasilnya anak berfikiran jauh dan terbuka serta luas pandangan, layak dibawa berbincang seperti orang dewasa. Anak2 suka bercerita hal persekolahan, sayang guru2 mereka dan tak sabar utk ke sekolah setiap hari.
Jadi, bila mereka balik ke Malaysia, berada dalam persekitaran pembelajaran berorientasikan peperiksaan, layakkah mereka dimarah-marah bila dapat markah rendah? Kesungguhan anak2 pelajar setiap hari tanpa disuruh sudah cukup mengujakan saya. Malah tak sangka langsung pencapaian anak, masih boleh menduduki tempat pertama, kedua dan ketiga dalam peperiksaan, naik ke pentas menerima hadiah, itu sudah menjadi bonus besar kepada saya. Dlam keadaan mereka ketinggalan silibus Malaysia selama 4 tahun, dengan kerja keras sendiri, tanpa sekalipun ambil tuisyen, pencapaian mereka sudah cukup membahagiakan saya sebagai ibu mereka. Bukan semua anak saya dapat pencapaian begitu, ada yang setelah 3 tahun balik Malaysia, masih belum catch up, dapat nombor belas-belas pun saya tak kesah, dia ada keistimewaan/skill lain yang tidak ada pada anak yang sudah boleh catch up pencapaian akademik.

3. Pencapaian akademik semata-mata bukan jaminan hidup bahagia dunia akhirat. Yang penting ialah keseimbangan - ilmu agama, akhlak, akademik, kemahiran hidup dsb. Bekalkan anak dengan keimanan, ilmu dan akhlak, pasti mereka bahagia dunia dan akhirat.

Itu hanya pertimbangan pendirian saya utk tidak marah anak...pendirian peribadi, namun, saya tidak berpendapat begitu secara umum. Ada anak2, malah kawan saya, seorang junior sya yang hebat pencapaian akademik, 1st class achiever dlm degree dan sudah dalam penghujung pengajian Phd dalam usia 22 atau 23 tahun ketika ini, mengakui yang pencapaian dia adalah hasil 'push' oleh parents dia dan beliau percaya dia tak akan dapat capai apa yang dia capai sekarang kalau bukan kerana tolakan/tekanan dari ibunya.

Kesimpulannya, nak marah atau tidak, kenalah ikut pertimbangan baik atau buruknya...parents pasti yang paling tahu tentang sifat dan sikap anak2nya sendiri, dan paling bijak menentukan approach terbaik dalam pendidikan anak2. Ada masa berlu bertegas, bertegaslah, ada masa perlu berlembut, bersabar dan berlembutlah. Jangan terlalu authoritative (nak tunjuk kuasa), suatu hari nanti, ketika kita dah tak ada kuasa ke atas anak, takut mereka pula memainkan peranan yang sama terhadap kita yang dah tua... ‪#‎didikanak‬ # hanyapendapat 

No comments:

Post a Comment